Monday, February 11, 2013

PLKN: 1 Month and 5 Days

Vector Salam

Ini adalah bendera Delta : Harimau Sakti :)

Kalau tak depa nak letak Harimau Kayangan sebab wira Delta punya dorm kan paling tinggi, tang puncak nuu. Wirawati Delta pulak paling belakang. Memang memanjang ketinggalan kalau ada apa apa. Dah la toilet Delta penuh dengan segala menatang. Dah la menatang tu pervert pervert semua. Kenapa aku cakap pervert? Sebab katak dengan lipan masuk shower time ada orang. Serius pervert. K. Dah melalut.

From left: Timah, Wiwi, Andi, Chu'a, Fit, Zaty, Caek, Mena & Fatin.
Kinah is not in the picture sebab dia tengah khusyuk buat kerja dalam surau HAHA

That is a picture of budak budak yang aku kamceng. Kira segeng la ni. Except the first one from left. Tapi memang nak p mana dengan depa depa ni. And kami ada Buddy System. Buddy System ni lebih kurang macam partner la, everyone kena ada partner masing masing and the partner mesti la from the same campany. Macam aku, partner aku Ammaina Jamaludin which is Mena. Aku dengan Mena ni perangai sebijik sejebon cumaaaa dia pandai. Former vice pres. LDP MRSM Tun Ghafar Baba niiii. K. Aku dah start melalut lagi. Nanti nanti ah aku story pasai geng ni.

Meet Delta M4-A!
Standing from left: Mena, Tiang, Auni, Izma, Waniey, Chu'a, Zaty, Wiwi
Sitting from left: Traffic, Ella, Fatin, Aween, Timah, Kinah
Not in the picture: Oh, Guna, Es, Rani, Caek, Fit

Budak M4-A sekoq pun tak bawak camera, so kami just boleh ber'camwhore' bila dapat phone jea la. Tak aci gila Ady punya kem dapat phone Khamis petang. Kami punya kem Jumaat petang pukul 3 baru dapat phone pastu depa kutip balik 9:30pm hari Sabtu. Sad life baq hianggg T.T Aku takdak gambaq pakai full loreng sebab fon dapat pun time cuti jea so kejadah aku nak pakai full loreng on weekend semata mata nak tangkap gambaq. Ehhh ada satu gambaq full loreng. Tu pun dalam camera Yun. Aku tak dapat lagi gambaq tu sebab Yun kata internet rumah dia lembap so dia tak boleh nak upload lagi. Sad life lagi baq hiangg.

SCHEDULE KEM LAGENDA SERI NEGERI, LANGKAWI

 0530: Waky waky everyone! Bangun mandi, key layout dan sebagainya.

0615: Subuh at Surau Al-Mansur. Surau atas bukit kayyy? So pagi pagi lagi kami dah buat senaman daki bukit. Hebat tak hebat kami ni HAHA. Tapi sekarang Subuh lambat so Ustaz bagi kelonggaran tak p. Weekends selalunya ada qiyamullail so pukul 4:45am dah kena ada kat surau. Ustaz sangat hensem okayyyy? Cikgu Hazmi pung weeeee :D

0630: PT pagi! PT stands for Physical Training tapi it just hari Ahad Isnin Rabu Khamis. Selasa ada Kuliah Subuh and Khamis pulak Senamseni or Senamrobik. Weekends takdak pa hehe.

0730: Breakfast! Tapi selalunya aku naik dorm tukaq baju dulu baru turun breakfast. And aku dapat kad menandakan aku tak boleh makan kueyteow HAHA.

0820: Roll call pagi. I wonder why they don't call it 'morning call' macam kat maktab. Hmm. Setiap kali roll call mesti kira kekuatan sebab takut tak cukup ka apa. Kekuatan means total yang ada dalam satu satu kompeni tu. After roll call, masuk kelas. Kalau kat sekolah, kita dengaq bunyi loceng. Tapi kat kem ni, (kem lain aku taktaw) depa pasang lagu. Lain modul, lain lagu. Cool isn't it?

0900: Kelas start. Kelas dia besttt. Macam tadika pun ada sebab dia takdak meja. So kita kena duduk bersila kat bawah. Dalam kelas we have our own small groups. Aku kelas sekali dengan Asyraf Ramlan untuk Modul 1 sampai Modul 4 kot. Thank God aku dapat dengan dia sebab Amanie dah la dok kelas bawah. And alhamdulillah jugak ah aku dapat kelas sekali dengan Yun and Mira. At least ada jugak kawan. Tapi sapa yang kenal aku tu taw la aku ni spesies rapat dengan laki so bila masuk kelas memang aku keja cari Acap jea HAHA. Tapi kami tak penah group sekali. Besides Acap, aku baik dengan Ozil and Don. Depa macam gila gila sikit tapi aku comfortable dengan depa. Everytime tukaq modul means group pun tukaq. So far aku ada 4 groups.
1. HAKA - Ozil Irfan Libro Sureeya Faiq Jun Caek Yus Sharifah Apple Moulin 
2. MR. MUSCLE - Ozil Don Shah Zul Acap Yun Caek Lili Apple Azi
3. MILKYWAY SDN. BHD. - Soombhat Muaz Paktam EE Faiq Caek June Traffic Apple Fariza
4. NO NAME - Caek Yun Mira Sharifah Azi Traffic Chong Apple GDWife WoanNi
Aku pernah volunteer cakap kat depan end of class. Time tu last day Asyraf Ramlan masuk kelas. Aku p cakap kat depan, buat conclusion pasai pembelajaran and then buat announcement yang Asyraf Ramlan nak pindah. Asyraf Ramlan dok geleng pala time aku cakap tu HAHA.

1030: Brunch. Makan cucoq dua ketoi.

1100: Masuk kelas balik.

1230: Lunch! Lepas tu naik bilik rehat sat weeee.

1330: Zohor at Surau. Zohor wajib p Surau okayyy sapa tak p kena pagi full loreng malam tu. Aku penah kena sekali HAHA.

1420: Baris kat DM. Kekuatan still lagi kena kira before start activity yang seterusnya. Kadang kadang kawad. Kalau bukan kawad tu ada la benda lain yang kami buat. PT pun boleh jadi. TTS pun. TTS stands for Tempur Tanpa Senjata which is something like Taekwando.

1630: Tea. Lepas tu naik sembahyang kat dorm. Yes, Asar tak payah p surau ye anak anakk.

1720: Baris lagi. Kira kekuatan and then baru start activity. Selalunya petang ada riadah ah. Kalau bukan riadah, Mentor Mentee. Mentor Mentee tu macam Homeroom ah. Wira riadah kat padang, Wirawati pulak kat Square. I mean, padang kawad. Bila depa ada training netball, secara automatiknya I'll do nothing so yes, aku pernah tidoq kat padang kawad HAHAHAHA betapa nikmatnya hidup waktu tu :D

1830: End of riadah yay! Pastu terus dinner.

1915: Baris before naik surau. Kena tunggu semua cukup baru boleh naik.

1930: Maghrib and Isyak kat surau. Selalunya time gap Maghrib and Isyak ni ada tazkirah neither from Ustaz or pelatih sendiri. Yang aku sedih tu, ada certain orang tak reti nak rapat saf. And ada yang don't even know what is sujud sajadah. Ada sekali tu buat sujud sajadah, depa kecoh kenapa subuh sampai 3 rakaat. Bila aku tengok situation macam ni, baru aku rasa bersyukur sangat sangat sebab masuk MRSM. No, aku bukan nak kutuk depa. It just aku rasa kalau aku tak masuk MRSM or asrama, aku jahil lagi teqok dari depa. Thank you Allah for everything that you gave me :)

2220: Supper and roll call! Kira kekuatan lagi. Yes, kekuatan sangat penting sebab takut ada orang lari ka apa. And benda ni memang penah jadi. Budak Delta pulak tu T.T

Ni la jadual seharian aku. Nampak pack gilaaa kan? Memang. Pagi tu aku cekang cadar pastu malam baru aku duduk. Punya la malas nak tarik banyak banyak kali HAHA. Tapi macam Ady ada tulis dalam post dia, kalau cuti sampai naik bosan. Kenapa? Two days off memang hampa makan tidoq sembahyang basuh baju jea. Kadang kadang gotong royong dorm. Riadah diharamkan on days off. Pernah sekali pagi weekends ada 18 orang p jogging kat padang kawad pastu semua pakat kena makan maki HAHA. Atudien, punya la nak suruh pelatih rehat :D Lawatan keluarga pulak just on Saturday. Family kena park kereta kat square pastu jalan p medic pastu bagi IC and nama anak pastu dorm yang bertugas akan buat announcement and then pelatih wira or wirawati kena turun pakai baju kelas. Yes everybody, baju kelas. 

Ada banyak lagi activity lain.

1. Majlis Citra Puisi
Yang duduk kat tengah tu boyfriend I okayy? Hihi.

2. Ceramah Kerjaya
Ada la dua tiga pat lima nam IPTS yang mai. Aku isi jea semua borang except for yang medic medic ni. I tak minat laa.

3. Ceramah UPNM
Agak berminat tapi aku rabun so memang terang tang tang aku kena reject. Eh satttt Ozil dengan Yun rabun tapi kenapa depa dapat interview? Kenapaaaaaaaaa?

4. KPP (Kontrak Pembinaan Apa Entah) HAHA
Time ni la wira wirawati baru nak bergaul dengan geng satu kompeni. Time ni la wujud flag, lagu kompeni, moto, visi misi and etc. Lagu kompeni Delta paling best setakat ni HAHA.

5. Merit
Satu kompeni ada markah merit 5000. Tapi benda tu memanjang kena potong. Kenapa? Sorang lambat, 50 merit. Gilo. Setakat ni Delta masih baik HAHA. Yang selalu kena Alpha dengan Bravo ah. Charlie kadang kadang.

6. Rempuh Halangan / Kawad
Hari yang wira buat rempuh halangan, wirawati buat kawad. Macam tu vice versa. Rempuh halangan tu aku rasa macam nak suicide jea. Aku lagi suka kawad k kawad? HAHA.

7. Hari Sukarelawan SeMalaysia 3 Feb 2013
Ni macam gotong-royong perdana ah. Cikgu cakap semua kem buat benda ni, serentak. Aku taktaw la betoi ka dak. Kalau cikgu gebang aku, aku gebang hampa ah hihi. Untung laa Ady sebab depa buat kat Pantai Merdeka. Kami just buat kat Pekan Kuah jea, bersihkan tepi tepi bangunan and tepi tepi jalan. Nothing much. Tapi best time ramai ramai nyanyi lagu 1M4U HAHA. Masuk KLSN, tu la first time aku dengaq lagu 1M4U.

8. Wira Jaya
Ni masuk hutan. Cikgu cakap kami kena naik kat puncak hat ada pencawang hat straight kami boleh nampak from DM. Kami semua macam gila ah. Benda ni nak dekat dekat habis PLKN nanti baru buat tapi kami dah belajaq pasang jerat, guna kompas and etc.

9. Perarakan Maulidur Rasul
Benda ni buat dua kali. Yang first tu 40 orang jea p, satu kompeni hantaq 5 wira 5 wirawati. Lepastu yang the second time tu sebab seruan Komandan HAHA. 80 orang satu kompeni, 10 wira 10 wirawati. Tapi dua dua aku tak p HAHA.

10. Pertandingan
Ada macam macam. Nasyid, tulisan khat, etc. Semua ni lepas CNY.

11. Derma Darah
Haaa lepas CNY ni ada Derma Darah. Aku tak derma pung sebab takut gemok HAHA. Amanie pun tak derma.

12. Team Obes
Haaaa sapa hat obes memang kena ah. Pagi pagi time PT cikgu akan panggil 'Team Comel ke belakangg' Hehe. Aku tak kena ah tapi Amanie kena. Yang lawaknya dalam ramai ramai hat kena tu, Amanie sorang jea yang slim HAHAHA macam mana dia boleh kena aku pun taktaw -.-

13. Perarakan LIMA 2013
Cikgu cakap memang PLKN kami selalu join menatang ni, tolong angkut bendera. Aku punya la semangat nak join tapi tak boleh. 23 Mac nanti dah nak kena p kem, tapi aku time tu baru balik from Port Dickson, Giant punya konvo. So aku tak boleh la p. Jeles jeles :(


Sapa yang memang kenai aku memang taw la aku suka pakai baju besaq besaq. Sampai ada sorang budak ni, budak kompeni Delta jugak, da dok jadikan aku pakai 'baju labuh' as an issue. Awai tu memang aku bengang jugak sebab memang la aku suka pakai baju besaq besaq tapi aku tak suka orang terus judge kata aku alim ka budak baik ka apa. I don't deserve it.

List of crushes HAHA

1. Komandan Mohd Hider bin Abu Samah
2. Encik Kamal
3. Cikgu Hazmi
4. Cikgu Azman
5. Wira X

Hihi jeles lettewww. Haa budak satu kompeni yang gaduh dengan aku tu (let call her Wirawati Y) minat kat Wira X. Aku tak kisah pun benda tu sebab everyone taw yang aku dah ada Ahmad Asyraf Ahmad Rosli so aku just minat main main jea la kat that guy. Tapi entah mai dari hulu mana entah ada pompuan from kompeni lain (Wirawati Z) buat fitnah pasai aku kat si Wirawati Y ni. Awai tu aku bengang ah kenapa si Y ni dok bengang sangat kat aku and dia ada cakap aku ada kata something kat dia. Pastu dia dok peqeli peqeli segala bagai. Dah la satu kompeni pastu dok gaduh pulak kannnn memang best. Tapi dia budak dorm lain. That night aku face-to-face dengan dia, tanya what's happening. Dia cakap si Z ni habaq kat dia yang aku dok texting deng X, aku kapel dengan X and yang paling tak boleh blah aku mengadu kat X yang Y ni nak rampas X dari aku. Time aku taw tu, sumpah aku gelak gila gilaaaaa HAHAHAHA. Firstly, number X pun aku takdak. Secondly, aku penah cakap dengan dia pun 2 3 kali jea. Memang aku rasa lawak gila kot benda tuuu. So I told her the truth so now everything's back to normal. Cuma aku terus dah tak minat kat X. Aku rasa it's enough with only 4 crushes HAHAHA.

Did I told you yang Nur Faziera Amanie satu kompeni dengan aku? Cuma dorm lain. And to Ady, aku guna entry hang buat rujukan sebab aku lupa activities apa yang ada HAHA sorry noh?

To be continue ...

Pictures credit to: Balkis adn Chu'a.