Wednesday, February 13, 2013

20130211: KISS

Vector Salam

K. Cerita ni dah lapuk sebenaqnya tapi biaq la aku nak update jugak. Blog aku kan? Agak tensi boleh p buat blog sendiri ye anak anakkk. K. Muka nak cari masalah ni ohhhhh shitto I'm talking crap! Plan last minute nak keluaq sekali ni so ajak ajak centu jea. Esok nak keluaq, malam tu baru ajak orang. So to KISS yang tak terajak tu, mohon ampun please. Nanti kita buat lain nahhh? Asyraf Ramlan dengan Zabidi Zahar ajak kita p tidoq rumah depa 4 hari 3 malam May nanti hihi.

That morning, asalnya janji nak jumpak kat Shahab pukoi 1030. Acap dengan Bidi memang dah on-the-way dah. Pan tak naik bas, dia naik moto sebab dia nak singgah rumah tok dia. Pastu Mubin habaq kata dia pukoi 11 baru sampai Shahab kot, aku pun memang lepas Subuh tu buat relax jea. Pukul 10 baru kalut nak mandi pastu kena marah dengan Acap sebab dia dengan Bidi dah siap makan pa suma dah kat Shahab. Pastu dalam 1055 centu kot aku sampai Shahab, and as usual, I was the last one who arrived HAHAHA. Elok dah sampai Shahab, Acap dengan Bidi pulak dok buat projek HAHAHAHA pastu bas jalan pastu aku text Acap, aku kelentong dia yang aku dengan Mubin dah naik bas sebab tunggu depa lambat sangat pastu Acap dok maki aku HAHAHA dah la semua pakai hitam -,- Pastu kami naik kereta sapu (it's not actually a cab) p Aneka, Jitra. RM4 per person, okay la tu kan?

Yes, aku usung Tochibaba aku sebab Mubino nak reinstall Windows 8.

Elok kami sampai sana, kena tunggu geng Jitra pulak. Dah la awai awai tu depa tak bukak aircond. Bangang tak bangang? Pastu aku memang macam dah nak gilo tengok tudung dengan baju aieeee geram. Duit pulak tak berapa nak tebai. Lepas tu Jen sampai, then panpan hihi, pastu baru la nampak muka Izz Nad Ammar Yap. Haa Yap yang drive. Untung laaaa dah boleh driveeee. Jeles k jeles T.T Pastu wirawati lagi sorang, si Falis ni sampaii. Time dok sembang sembang tu, Acap dengan Izz buat keja kantoi depan aku HAHAHAHA atotototo comel gila depaa. Suka! :D

Nad penyanyi tegar hihi

Depa ajak p karok so aku pun ikut jea la. Ni third time aku masuk tempat karok (Oh well I kan suci *muntah*) Mula mula depa nak p tengok wayang tapi aku kan tak masuk wayang and ada yang takmaw masuk so cancel ah. Time dalam karok tu Nad pesan kat aku jangan lena HAHAHAHA kan last time aku masuk karok aku lena hihi. Tapi time depa ni dok karok tu memang aku tak larat menguap. I memang tak sehati sejiwa seraga dengan tempat ni rasanya HAHA. Depa nyanyi lagu jiwang ntah hapa hapa ntah pastu nak dekat last last baru karok lagu English tu pun When I'm Gone by Simple Plan, This Love by Maroon Five, When I Grow Up by Pussycat Dolls. Budak pompuan Nad jea la hat dok nyanyi. Depa dok suruh newlyweds nyanyi duet tapi newlyweds takmawww hihi. Lepastu p semayang pastu makan. Pan support makan yay! :D


Lepas makan, Acap nak p main bowling pulak so kami naik la bowling. Time aku jalan dengan Pan nak naik bowling tu selisih dengan Amin Shafiee. Sembang sembang gitu gitu sat jea pastu blah la. Amin dok promote collagen kat aku, ada ka patut? -.- Naik bowling, Acap Izz Mubin Ammar jea yang main. Kami ni jadi cheerios jea HAHA. Falis dah chow dah time ni, dia p beli barang. Then aku dengan Pan pusing pusing Aneka sat pastu nampak cikgu Azizi kat kedai dia. Pan ceqin HAHA pastu terjumpak ramai jugak la budak budak KuPa dah that day was hari depa balik maktab. Abbas siap sengih sengih dekat Pan lagi HAHA. Aku beli tudung dengan necklace yay!

Pan: Ni semua guna duit sendiri ni tak payah belanja ah ceni.
Aku: Takpa, sat g banyak lagi benda yang orang boleh paw hihi.

Mubino lapaq kaki sebenaqnya.

Time kat bowling ni Acap Putih dengan Amin Shafiee ada mai melawat. Atudien, melawat. Depa mai jumpak sat jea pastu chow. Acap Putih bawak Wawa sekali tapi Wawa dok kat luaq jea, tak masuk dalam pung.

Yap pemandu berhemah la kononnya.

After that kami p Tasik DarulAman. Honestly, aku prefer outdoor lagi sebab takdak la rasa semak sangat. Dok dalam mall rasa cena ntah. Kami buat dua trip p tasik sebab Yap sorang jea yang drive. Yang lain semua tak boleh harap HAHA. Aku Mubin Nad first trip. Bidi naik dengan Jen, naik moto. Pan naik sorang. Kiranya second trip just Acap dengan Izz ah. Ammar pulak jadi coordinator, memanjang dok sebelah Yap HAHA. Time nak sampai tasik tu, Ammar mintak nak drive pastu Yap pun bagi la dah Ammar dok 'merayu' kat dia. Aku ceqin. Thanks by-the-way! :)

Aku: Hang lesen apa, Ammar?
Ammar: Hah? Aku hah? Takdak pa pun.
Nad: Haa hat tu yang aku nak dengaq tu.

Okay, I swear to God yang aku ceqin gila kot time tuuu. Dah la Ammar bawak melelong pastu kena marah dengan Yap HAHAHAHA. But Alhamdulillah, kami selamat sampai kat tasik tu :)

Waiting for the second trip to arrive.

Second trip setengah jam baru sampai. Lama gilaaa aku pun tak taw depa p mana. Yap kata p isi minyak jea. Kami dok melangut kat tepi tasik tu. Mubin text Syu, tanya kat mana, Syu tak reply. Kami dok cari Jen dengan Bidi pastu baru nampak depa. Then pan pun sampaiiii. Pan sesat, dia salah ambik simpang HAHA. Nasib dia pandai nak cari. Pan dok kata nak balik awai last last lewat jugak. Sorry noh b? HAHAHA


Adik Erah ikut sekali time ni. Erah marah aku tangkap gambaq dia awai tu sebab dia pakai baju tu. Dia kata dia tak bawak balik baju Tapi aku okay jea dengan baju tu HAHA. Aten dengan Erah drive kereta yang dekat tasik tu pastu Jen p naik sekali entah hapa hapa depa ni.

Evidence yang PLKN dah 'merentungkan' muka aku

Oh Lord, why they are so cuteeeeeeee together? Aieee geram. Macam couple budak budak hihi.


*klik untuk tumbesaran*

Ammar dok baring takmaw mangkit last last nak dekat kena rogol baru bangun HAHA. Time tu senja pulak kannnn memang scenery cantiks gilaks akus sukas. Pastu dari nak balik 1830 terus jadi pukul 1700 HAHA. Tu pun jangan, kalau dak Bidi nak tidoq situ terus. Bidi dah siap spare toothbrush, baju, spray semua ada dalam bag dia HAHA. Last sekali Izz called cab. So kami naik cab straight to Shahab. Sorang RM10. Aku taktaw la nak kata mahai ka murah -.-

Depa paksa aku snap pic depa.

Ni time kat Shahab. Depa tak bagi aku balik lagi, depa suruh aku tunggu depa sebab bas depa pukul 8. Kami sampai sana around 7:30++. Rumah aku dengan Shahab dua minit jea so aku pun tunggu la depa, dok gebang segala bagai. Pastu Acap dengan Bidi jalan dulu, aku dah called Giant dah. Then elok Mubin naik bas, Giant sampai. Aku bukan ceqin kes pa, aku dah la dok usung laptop, dengan dok galas camera lagi, mawnya tak ceqin. Pastu dah la muka sekoq sekoq muka penyangak. Ceqin k ceqin?

So, that's the story. Kita jumpak lagi May nanti eh, KISS? And make sure hampa dah ada lesen kereta lesen P okayyy? Chow.

"Haa jadi jugak double date kita nohhh?"
- Asyraf Ramlan :)

And dear Ahmad Asyraf Ahmad Rosli,
thank you for everything. Hearthang 

Monday, February 11, 2013

PLKN: 1 Month and 5 Days

Vector Salam

Ini adalah bendera Delta : Harimau Sakti :)

Kalau tak depa nak letak Harimau Kayangan sebab wira Delta punya dorm kan paling tinggi, tang puncak nuu. Wirawati Delta pulak paling belakang. Memang memanjang ketinggalan kalau ada apa apa. Dah la toilet Delta penuh dengan segala menatang. Dah la menatang tu pervert pervert semua. Kenapa aku cakap pervert? Sebab katak dengan lipan masuk shower time ada orang. Serius pervert. K. Dah melalut.

From left: Timah, Wiwi, Andi, Chu'a, Fit, Zaty, Caek, Mena & Fatin.
Kinah is not in the picture sebab dia tengah khusyuk buat kerja dalam surau HAHA

That is a picture of budak budak yang aku kamceng. Kira segeng la ni. Except the first one from left. Tapi memang nak p mana dengan depa depa ni. And kami ada Buddy System. Buddy System ni lebih kurang macam partner la, everyone kena ada partner masing masing and the partner mesti la from the same campany. Macam aku, partner aku Ammaina Jamaludin which is Mena. Aku dengan Mena ni perangai sebijik sejebon cumaaaa dia pandai. Former vice pres. LDP MRSM Tun Ghafar Baba niiii. K. Aku dah start melalut lagi. Nanti nanti ah aku story pasai geng ni.

Meet Delta M4-A!
Standing from left: Mena, Tiang, Auni, Izma, Waniey, Chu'a, Zaty, Wiwi
Sitting from left: Traffic, Ella, Fatin, Aween, Timah, Kinah
Not in the picture: Oh, Guna, Es, Rani, Caek, Fit

Budak M4-A sekoq pun tak bawak camera, so kami just boleh ber'camwhore' bila dapat phone jea la. Tak aci gila Ady punya kem dapat phone Khamis petang. Kami punya kem Jumaat petang pukul 3 baru dapat phone pastu depa kutip balik 9:30pm hari Sabtu. Sad life baq hianggg T.T Aku takdak gambaq pakai full loreng sebab fon dapat pun time cuti jea so kejadah aku nak pakai full loreng on weekend semata mata nak tangkap gambaq. Ehhh ada satu gambaq full loreng. Tu pun dalam camera Yun. Aku tak dapat lagi gambaq tu sebab Yun kata internet rumah dia lembap so dia tak boleh nak upload lagi. Sad life lagi baq hiangg.

SCHEDULE KEM LAGENDA SERI NEGERI, LANGKAWI

 0530: Waky waky everyone! Bangun mandi, key layout dan sebagainya.

0615: Subuh at Surau Al-Mansur. Surau atas bukit kayyy? So pagi pagi lagi kami dah buat senaman daki bukit. Hebat tak hebat kami ni HAHA. Tapi sekarang Subuh lambat so Ustaz bagi kelonggaran tak p. Weekends selalunya ada qiyamullail so pukul 4:45am dah kena ada kat surau. Ustaz sangat hensem okayyyy? Cikgu Hazmi pung weeeee :D

0630: PT pagi! PT stands for Physical Training tapi it just hari Ahad Isnin Rabu Khamis. Selasa ada Kuliah Subuh and Khamis pulak Senamseni or Senamrobik. Weekends takdak pa hehe.

0730: Breakfast! Tapi selalunya aku naik dorm tukaq baju dulu baru turun breakfast. And aku dapat kad menandakan aku tak boleh makan kueyteow HAHA.

0820: Roll call pagi. I wonder why they don't call it 'morning call' macam kat maktab. Hmm. Setiap kali roll call mesti kira kekuatan sebab takut tak cukup ka apa. Kekuatan means total yang ada dalam satu satu kompeni tu. After roll call, masuk kelas. Kalau kat sekolah, kita dengaq bunyi loceng. Tapi kat kem ni, (kem lain aku taktaw) depa pasang lagu. Lain modul, lain lagu. Cool isn't it?

0900: Kelas start. Kelas dia besttt. Macam tadika pun ada sebab dia takdak meja. So kita kena duduk bersila kat bawah. Dalam kelas we have our own small groups. Aku kelas sekali dengan Asyraf Ramlan untuk Modul 1 sampai Modul 4 kot. Thank God aku dapat dengan dia sebab Amanie dah la dok kelas bawah. And alhamdulillah jugak ah aku dapat kelas sekali dengan Yun and Mira. At least ada jugak kawan. Tapi sapa yang kenal aku tu taw la aku ni spesies rapat dengan laki so bila masuk kelas memang aku keja cari Acap jea HAHA. Tapi kami tak penah group sekali. Besides Acap, aku baik dengan Ozil and Don. Depa macam gila gila sikit tapi aku comfortable dengan depa. Everytime tukaq modul means group pun tukaq. So far aku ada 4 groups.
1. HAKA - Ozil Irfan Libro Sureeya Faiq Jun Caek Yus Sharifah Apple Moulin 
2. MR. MUSCLE - Ozil Don Shah Zul Acap Yun Caek Lili Apple Azi
3. MILKYWAY SDN. BHD. - Soombhat Muaz Paktam EE Faiq Caek June Traffic Apple Fariza
4. NO NAME - Caek Yun Mira Sharifah Azi Traffic Chong Apple GDWife WoanNi
Aku pernah volunteer cakap kat depan end of class. Time tu last day Asyraf Ramlan masuk kelas. Aku p cakap kat depan, buat conclusion pasai pembelajaran and then buat announcement yang Asyraf Ramlan nak pindah. Asyraf Ramlan dok geleng pala time aku cakap tu HAHA.

1030: Brunch. Makan cucoq dua ketoi.

1100: Masuk kelas balik.

1230: Lunch! Lepas tu naik bilik rehat sat weeee.

1330: Zohor at Surau. Zohor wajib p Surau okayyy sapa tak p kena pagi full loreng malam tu. Aku penah kena sekali HAHA.

1420: Baris kat DM. Kekuatan still lagi kena kira before start activity yang seterusnya. Kadang kadang kawad. Kalau bukan kawad tu ada la benda lain yang kami buat. PT pun boleh jadi. TTS pun. TTS stands for Tempur Tanpa Senjata which is something like Taekwando.

1630: Tea. Lepas tu naik sembahyang kat dorm. Yes, Asar tak payah p surau ye anak anakk.

1720: Baris lagi. Kira kekuatan and then baru start activity. Selalunya petang ada riadah ah. Kalau bukan riadah, Mentor Mentee. Mentor Mentee tu macam Homeroom ah. Wira riadah kat padang, Wirawati pulak kat Square. I mean, padang kawad. Bila depa ada training netball, secara automatiknya I'll do nothing so yes, aku pernah tidoq kat padang kawad HAHAHAHA betapa nikmatnya hidup waktu tu :D

1830: End of riadah yay! Pastu terus dinner.

1915: Baris before naik surau. Kena tunggu semua cukup baru boleh naik.

1930: Maghrib and Isyak kat surau. Selalunya time gap Maghrib and Isyak ni ada tazkirah neither from Ustaz or pelatih sendiri. Yang aku sedih tu, ada certain orang tak reti nak rapat saf. And ada yang don't even know what is sujud sajadah. Ada sekali tu buat sujud sajadah, depa kecoh kenapa subuh sampai 3 rakaat. Bila aku tengok situation macam ni, baru aku rasa bersyukur sangat sangat sebab masuk MRSM. No, aku bukan nak kutuk depa. It just aku rasa kalau aku tak masuk MRSM or asrama, aku jahil lagi teqok dari depa. Thank you Allah for everything that you gave me :)

2220: Supper and roll call! Kira kekuatan lagi. Yes, kekuatan sangat penting sebab takut ada orang lari ka apa. And benda ni memang penah jadi. Budak Delta pulak tu T.T

Ni la jadual seharian aku. Nampak pack gilaaa kan? Memang. Pagi tu aku cekang cadar pastu malam baru aku duduk. Punya la malas nak tarik banyak banyak kali HAHA. Tapi macam Ady ada tulis dalam post dia, kalau cuti sampai naik bosan. Kenapa? Two days off memang hampa makan tidoq sembahyang basuh baju jea. Kadang kadang gotong royong dorm. Riadah diharamkan on days off. Pernah sekali pagi weekends ada 18 orang p jogging kat padang kawad pastu semua pakat kena makan maki HAHA. Atudien, punya la nak suruh pelatih rehat :D Lawatan keluarga pulak just on Saturday. Family kena park kereta kat square pastu jalan p medic pastu bagi IC and nama anak pastu dorm yang bertugas akan buat announcement and then pelatih wira or wirawati kena turun pakai baju kelas. Yes everybody, baju kelas. 

Ada banyak lagi activity lain.

1. Majlis Citra Puisi
Yang duduk kat tengah tu boyfriend I okayy? Hihi.

2. Ceramah Kerjaya
Ada la dua tiga pat lima nam IPTS yang mai. Aku isi jea semua borang except for yang medic medic ni. I tak minat laa.

3. Ceramah UPNM
Agak berminat tapi aku rabun so memang terang tang tang aku kena reject. Eh satttt Ozil dengan Yun rabun tapi kenapa depa dapat interview? Kenapaaaaaaaaa?

4. KPP (Kontrak Pembinaan Apa Entah) HAHA
Time ni la wira wirawati baru nak bergaul dengan geng satu kompeni. Time ni la wujud flag, lagu kompeni, moto, visi misi and etc. Lagu kompeni Delta paling best setakat ni HAHA.

5. Merit
Satu kompeni ada markah merit 5000. Tapi benda tu memanjang kena potong. Kenapa? Sorang lambat, 50 merit. Gilo. Setakat ni Delta masih baik HAHA. Yang selalu kena Alpha dengan Bravo ah. Charlie kadang kadang.

6. Rempuh Halangan / Kawad
Hari yang wira buat rempuh halangan, wirawati buat kawad. Macam tu vice versa. Rempuh halangan tu aku rasa macam nak suicide jea. Aku lagi suka kawad k kawad? HAHA.

7. Hari Sukarelawan SeMalaysia 3 Feb 2013
Ni macam gotong-royong perdana ah. Cikgu cakap semua kem buat benda ni, serentak. Aku taktaw la betoi ka dak. Kalau cikgu gebang aku, aku gebang hampa ah hihi. Untung laa Ady sebab depa buat kat Pantai Merdeka. Kami just buat kat Pekan Kuah jea, bersihkan tepi tepi bangunan and tepi tepi jalan. Nothing much. Tapi best time ramai ramai nyanyi lagu 1M4U HAHA. Masuk KLSN, tu la first time aku dengaq lagu 1M4U.

8. Wira Jaya
Ni masuk hutan. Cikgu cakap kami kena naik kat puncak hat ada pencawang hat straight kami boleh nampak from DM. Kami semua macam gila ah. Benda ni nak dekat dekat habis PLKN nanti baru buat tapi kami dah belajaq pasang jerat, guna kompas and etc.

9. Perarakan Maulidur Rasul
Benda ni buat dua kali. Yang first tu 40 orang jea p, satu kompeni hantaq 5 wira 5 wirawati. Lepastu yang the second time tu sebab seruan Komandan HAHA. 80 orang satu kompeni, 10 wira 10 wirawati. Tapi dua dua aku tak p HAHA.

10. Pertandingan
Ada macam macam. Nasyid, tulisan khat, etc. Semua ni lepas CNY.

11. Derma Darah
Haaa lepas CNY ni ada Derma Darah. Aku tak derma pung sebab takut gemok HAHA. Amanie pun tak derma.

12. Team Obes
Haaaa sapa hat obes memang kena ah. Pagi pagi time PT cikgu akan panggil 'Team Comel ke belakangg' Hehe. Aku tak kena ah tapi Amanie kena. Yang lawaknya dalam ramai ramai hat kena tu, Amanie sorang jea yang slim HAHAHA macam mana dia boleh kena aku pun taktaw -.-

13. Perarakan LIMA 2013
Cikgu cakap memang PLKN kami selalu join menatang ni, tolong angkut bendera. Aku punya la semangat nak join tapi tak boleh. 23 Mac nanti dah nak kena p kem, tapi aku time tu baru balik from Port Dickson, Giant punya konvo. So aku tak boleh la p. Jeles jeles :(


Sapa yang memang kenai aku memang taw la aku suka pakai baju besaq besaq. Sampai ada sorang budak ni, budak kompeni Delta jugak, da dok jadikan aku pakai 'baju labuh' as an issue. Awai tu memang aku bengang jugak sebab memang la aku suka pakai baju besaq besaq tapi aku tak suka orang terus judge kata aku alim ka budak baik ka apa. I don't deserve it.

List of crushes HAHA

1. Komandan Mohd Hider bin Abu Samah
2. Encik Kamal
3. Cikgu Hazmi
4. Cikgu Azman
5. Wira X

Hihi jeles lettewww. Haa budak satu kompeni yang gaduh dengan aku tu (let call her Wirawati Y) minat kat Wira X. Aku tak kisah pun benda tu sebab everyone taw yang aku dah ada Ahmad Asyraf Ahmad Rosli so aku just minat main main jea la kat that guy. Tapi entah mai dari hulu mana entah ada pompuan from kompeni lain (Wirawati Z) buat fitnah pasai aku kat si Wirawati Y ni. Awai tu aku bengang ah kenapa si Y ni dok bengang sangat kat aku and dia ada cakap aku ada kata something kat dia. Pastu dia dok peqeli peqeli segala bagai. Dah la satu kompeni pastu dok gaduh pulak kannnn memang best. Tapi dia budak dorm lain. That night aku face-to-face dengan dia, tanya what's happening. Dia cakap si Z ni habaq kat dia yang aku dok texting deng X, aku kapel dengan X and yang paling tak boleh blah aku mengadu kat X yang Y ni nak rampas X dari aku. Time aku taw tu, sumpah aku gelak gila gilaaaaa HAHAHAHA. Firstly, number X pun aku takdak. Secondly, aku penah cakap dengan dia pun 2 3 kali jea. Memang aku rasa lawak gila kot benda tuuu. So I told her the truth so now everything's back to normal. Cuma aku terus dah tak minat kat X. Aku rasa it's enough with only 4 crushes HAHAHA.

Did I told you yang Nur Faziera Amanie satu kompeni dengan aku? Cuma dorm lain. And to Ady, aku guna entry hang buat rujukan sebab aku lupa activities apa yang ada HAHA sorry noh?

To be continue ...

Pictures credit to: Balkis adn Chu'a.


Sunday, February 10, 2013

PLKN: The Very First Day

Vector Salam

K. Actually aku dah gian sangat nak update blog sebab tu aku update jugak hari ni HAHA k tak lawak -.- Gambaq tak dapat lagi, aku dok tunggu Chu'a, Yun and Zaty upload gambaq. Tensi tengok Ady update blog sampai dua entries huaaa T.T So for this post, aku just nak story first day aku which is Registration Day :)

That morning aku bangun awai dengan sendirinya. Yes, dengan sendirinya. Pukul 6 rasanya. Then aku terus mandi siap and got my clothes on. I wore a pair of black slack with Ninety-V tshirt. (Semangat Ninety-V masih hidup okayy?) Nampak macam skema gilaa kan aku tapi tu la hakikatnya. Aku malas nak berjeans segala bagai sebab kat sana nanti bukan boleh pakai jenas pun, buat berat beg aku jea -.- Tengah aku dok packing apa yang patut, Abah mai kat aku. Abah nak keluaq p kerja pagi tu. Abah pelok aku and segala bagai pastu aku dok tahan qeyau pastu terus lencun muka aku HAHA. Lepas pada tu memang take time jugak la aku nak okay balik. Pagi tu hujan, hujan rahmat agaknya. Rumah aku nak p Stadium Suka Menanti tu dua minit jea pung. Sampai kat depan Stadium tu ada orang pakai raincoat dok tengah jalan suruh kami p Taman Jubli Emas and I was like 'Da fuq, patut la maqen aku p situ ada van PLKN'. Ramai gilaaaa kat Jubli tu and I saw Ifah Jasmi tapi takdan tegoq. Kelam kabut. Aku que up then naik bas. Bas Langkawi was the first one yang jalan pagi tu.

Atas bas tu, asalnya aku nak dok sorang. But then Zahra tegoq aku, dia ajak aku pindah dok dengan dia. Aku pun on jea la. Thank God ada jugak orang nak kawan dengan aku HAHA. Time nak pindah seat tu, aku terpijak kaki dia. That was the first 'bad thing' of the day. Aku dok tepi tingkap, memang dok babai mama jea la. Tiba tiba bas jalan so aku pun nangeh dengan jayanya lagi. Elok nak sampai jeti Kuala Perlis ada lagu apa entah yang dok 'ibu ibu' jugak. Aku qeyau untuk yang kesekian kalinya lagi.

Time kat jeti tu la aku kenai dengan Aida and Aishah. Atas ferry kami dok 4 orang ah. Time nak beratoq before naik ferry tu, aku blur cena entah pastu aku p jalan sekali nak naik ferry dengan orang lain. Elok aku nak p depan cikgu tanya ...
Cikgu: Ha! Kamu nak p mana ni?
Aku: Naik ferry.
Cikgu: Kamu nak p kem hah?
Aku: Aaaa haa *soqa slow sebab tengah blank*
Cikgu: Haa p beqatoq kat belakang!
Aku: *jalan p belakang dan masih blank*
Time tu aku tak rasa apa lagi, bila dok teringat ni sumpah malu gilaaaaaaaa HAHAHAHA. This was the second 'bad thing' happened.

Sampai kat Jeti Kuah, kami naik bas PLKN. Bas yang aku naik tu bangang, tempat luggage dia tak boleh bukak. Pastu cikgu suruh kami bawak naik luggage atas bas. Beg aku dah la gedabak gedabak. Hat pegang pun gedabak, hat galas pun gedabak. Memang bila bawak naik atas bas tu aku rasa macam nak suicideeeee. Elok aku nak duduk, tetiba budak laki naik sebab bas tu ada kosong lagi. Dah la beg dok kat tengah jalan pastu beg aku menye'stuck' jalan atas bas tu. Wira okay wira? Malu gilaaaa and this was the third one.

Sampai dekat kaki bukit KLSN, you will see this ..
Hell yeah everybody, kaki bukit. Kem kami dekat atas bukit and bas just hantaq sampai kaki bukit so you have to walk with your own feet to get there. Dah la dengan tengah hujan and usung luggage segala bagai, serius best T.T Tengah tengah dok khusyuk tarik beg, handle tekeluaq. 'Bad thing' number four T.T Elok nak naik tangga DM, handle patah. I repeat, p a t a h . Tecabut tequih baq hiang and that was 'bad thing' number five. Aku clumsy gilaa kot first day tuh. Bila ingat balik rasa macam nak suicide jea HAHA. 

Macam besa, mp3 la yang jadi lifesaver aku. Satu bilik cop aku keja dengaq mp3 HAHA maaf, itu adalah habit. Aku bahagia bila dengaq mp3 :D

And I am proud to say, I AM DELTA!